Monday, April 6, 2020

Piagam Pelanggan

KAMI WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABD. AZIZ DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

1. Memastikan jadual waktu kelas dan jadual waktu persendirian guru diedarkan pada hari pertama persekolahan.
2. Memastikan pelajar-pelajar yang layak mendapat pinjaman buku teks (SBPT) akan menenima buku masing-masing pada minggu pertama persekolahan.
3. Memastikan sijil berhenti sekolah dan surat akuan dikeluarkan bersama-sama dengan slip keputusan peperiksaan SPM dan STPM pada tanikh keputusan diedarkan.
4. Memastikan pengesahan salinan sijil-sijil dibuat dalam tempoh 24 jam.
5. (i) Memastikan ujian/peperiksaan dilaksanakan dengan licin dan mengikut jadual.
(ii) Memastikan keputusan ujian/peperiksaan diedar mengikut jadual.
6. Memastikan layanan mesra dan perkhidmatan kaunter diberi dalam tempoh 10 minit.
7. Memastikan semua peralatan/kelengkapan mencukupi dan sempurna sebelum sesi persekolahan bermula.
8. Memastikan semua makluman daripada Kementerian/Jabatan/PPD yang berkaitan
dengan pelajar/waris disampaikan dengan jelas dalam tempoh 2 hari.
9. Memastikan semua aduan kes disiplin disiasat dengan segera mengikut keutamaan dan mengambil- tindakan dalam tempoh 1 minggu.
10. Memastikan semua aspek keselamatan pelajar semasa di sekolah diberi keutamaan sepanjang masa.
11. Memastikan semua bil pembelian dijelaskan dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh pembelian.
12. Sentiasa bersedia menerima pandangan, cadangan dan syor yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment