Monday, April 5, 2010

Keterangan Logo Sekolah


Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz berbentuk jantung yang melambangkan titik bagi permulaan hayat dalam membentuk kehidupan seorang insan yang sempurna dan segi intelek, jasmani, emosi dan rohani. Kesemua ini mempunyai hubungkait dengan ilmu dan amalan.


Garisan tegak dalam lencana menggambarkan ketegasan, keteguhan dan kestabilan dalam membentuk keperibadian pelajar yang dinamik serta berwawasan yang murni. Lencana ini mempunyai 2 simbol. Simbol pertama ialah lambang Negeri Kedah. Ia melambangkan kesuburan dan kemakmuran negeri. Bintang melambangkan arah kehidupan yang cemerlang.


Simbol kedua ialah simbol teknikal dan pertanian. Ia melambangkan gabungan dan rekaan teknologi terkini dicapai melalui pendidikan.


Lencana ini mempunyai 3 warna yang mempunyai maksud tersendiri. Warna merah melambangkan keberanian dan kesungguhan. Warna putih melambangkan suci, bersih dan kemas. Warna hitam melambangkan bersatu padu.

No comments:

Post a Comment