Tuesday, April 7, 2020

Monday, April 6, 2020

Piagam Pelanggan

KAMI WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABD. AZIZ DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

1. Memastikan jadual waktu kelas dan jadual waktu persendirian guru diedarkan pada hari pertama persekolahan.
2. Memastikan pelajar-pelajar yang layak mendapat pinjaman buku teks (SBPT) akan menenima buku masing-masing pada minggu pertama persekolahan.
3. Memastikan sijil berhenti sekolah dan surat akuan dikeluarkan bersama-sama dengan slip keputusan peperiksaan SPM dan STPM pada tanikh keputusan diedarkan.
4. Memastikan pengesahan salinan sijil-sijil dibuat dalam tempoh 24 jam.
5. (i) Memastikan ujian/peperiksaan dilaksanakan dengan licin dan mengikut jadual.
(ii) Memastikan keputusan ujian/peperiksaan diedar mengikut jadual.
6. Memastikan layanan mesra dan perkhidmatan kaunter diberi dalam tempoh 10 minit.
7. Memastikan semua peralatan/kelengkapan mencukupi dan sempurna sebelum sesi persekolahan bermula.
8. Memastikan semua makluman daripada Kementerian/Jabatan/PPD yang berkaitan
dengan pelajar/waris disampaikan dengan jelas dalam tempoh 2 hari.
9. Memastikan semua aduan kes disiplin disiasat dengan segera mengikut keutamaan dan mengambil- tindakan dalam tempoh 1 minggu.
10. Memastikan semua aspek keselamatan pelajar semasa di sekolah diberi keutamaan sepanjang masa.
11. Memastikan semua bil pembelian dijelaskan dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh pembelian.
12. Sentiasa bersedia menerima pandangan, cadangan dan syor yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan.

Sunday, April 5, 2020

Sejarah Sekolah

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1965 dan diberi nama Sekolah Menengah Simpang Empat (Sekolah Anika Jurusan).

Pada mulanya Sekolah Menengah Simpang Empat ml menumpang di tiga buah sekolah iaitu di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, SRJK (C) Yih Min dan SRJK (C) Boon Teik.

Pelajar-pelajar sekolah ini ketika itu datang dari sekolah-sekolah persekitaran seperti Sek. Keb. Simpang Empat, Sek. Keb. Buloh Lima, Sek. Keb. Kangkong, Sek. Keb. Kuala Sala, Sek. Keb. Bukit Besar, Sek. Keb Bukit Raya Luar, Sek. Keb. Kampong Rambai, Sek. Keb. Permatang BuIoh, SRJK (C) Yih Min, SRJK (C) Aik Choon, SRJK (C) Boon Teik dan SRJK (C) Min Sin.

Pada tahun 1969 sekolah ini telah berpindah ke kawasan dan bangunan sendiri seperti pada hari ini.

Ketika itu bilangan pelajar seramai 400 orang dan guru-guru seramai 30 orang. Sekolah mi menggunakan bahasa penghantar Melayu dan Inggeris. Perasmian sekolah ini telah dilakukan oleh YAB Dato’ Musa Hitam pada 2 Mac 1980.

Kelas Tingkatan 6 Rendah pula mula diwujudkan pada tahun 1986.

Pada 9 Mac 1988 sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz mengambil sempena nama Raja Muda Kedah (1870-1907) iaitu Y.T.M Tunku Abd.Aziz Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukkaram Shah.

Ketika ini SMK Tunku Abd.Aziz menampung pelajar-pelajar di sekitar 1500 orang, di dalam jurusan Kemanusian (sastera) dan juga jurusan Sains dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.

Dewan Perhimpunan yang diberi nama Dewan Tunku Abd. Aziz telah disempurnakan perasmian pada 7 Mei 2002 oleh YAB Dato’ Seri Syed Razak bin Syed Zain, Menteri Besar Kedah.